Hati yang menyala di Emmaus, Menjadi Hati Pentakosta
Bundu Tuhan – “Kembali ke Yerusalem”,tema yang dibawa dalam Retret Belia dengan harapan semangat pelayanan disegarkan kembali seperti dua orang murid Yesus.
Pada 6 sehingga 8 Jun 2025 yang lalu di Pusat Retret Bundu Tuhan, seramai 27 belia dan pembimbing belia dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu datang bersama dalam retret hening ini. Turut hadir beberapa orang belia dari Keuskupan Keningau dan Keuskupan Sandakan.
Bersamaan dengan Hari Pentekosta pada 8 Jun, para retreatants merenung kisah perjalanan dua murid Yesus ke Emmaus, mengalami pembaharuan melalui dialog bersama Yesus dan kesedaran melalui pemecahan roti, kembali ke Yerusalem setelah Yesus menyegarkan keyakinan dan mengubah hati mereka kepada Hati Pentekosta.
Retret hening ini adalah respon daripada Komisi Belia Keuskupan Agung Kota Kinabalu (Kota Kinabalu Archdiocesan Youth Commission – AYC) kepada para belia yang merindukan suasana pembentukan yang hening. Retret ini dibimbing oleh Brother Jaclay John, SJ. berasal dari Telipok yang baru menamatkan tahun falsafahnya di Ateneo De Manila, Filipina.
Ini adalah kata - kata dari para belia & pembimbing belia yang telah bersama dalam retret hening “Kembali ke Yerusalem”.
Apakah yang akan kamu bawa balik untuk dikongsikan kepada keluarga/kawan-kawan/komuniti?
															Delvie Hyumi | 20 | St. Pius X, Bundu Tuhan
A real kickstart and realization that I long for His presence. An important part of gaining the spirit to serve with openness and humbleness. It is also an image of a process, it shows a progress in gaining back the spirit I once had when serving.  From heartbreak to heartburning!
Spiritual Direction made me realize that all the bad thoughts about myself DID NOT COME FROM GOD. It was my own view of myself. And I SHOULD REMEMBER THAT WHAT/HOW GOD THINK/VIEW OF ME IS THE ONLY THING THAT MATTERS. Also, membantu untangle segala kekeliruan yang ada dalam diri saya.Khabar gembira bahawa Yesus adalah the ‘unnoticed companion’. Dan semangat baru, yang menyala-nyala mau beritahu semua yang THIS IS GOD, THIS IS JESUS. He is here with us.
Arnold Fernandez Freddy | 21 | St. Francis of Assisi, Tiong Temburung (St. Pius X,BT)
Selama ini saya tidak sedar yang Tuhan senantiasa berada di sisi saya dan kita semua.
Amazingly, cinta kasih Tuhan yang saya dapat melalui Retret Belia bantu saya mendalami diri sy dngn lebih bagus dan saya dpt jawapan dari soalan-soalan saya sebelum ini.
															
															Jeanne Evunie Justin | 24 | St. Anthony, Tenom
Saya sedar sebenarnya Tuhan itu wujud walaupun saya tidak sedar. Contohnya,Tuhan hadirkan kawan untuk membantu saya sewaktu dalam masalah. Semasa Spiritual Direction saya merasa tenang sebab saya dapat meluahkan segala masalah yang terpendam lama di hati saya. Kata-kata yang dikongsikan oleh guide Spiritual Director tu sangat membantu saya sewaktu dalam renungan. Retreat ni membantu saya semakin dekat dengan Tuhan melalui doa dan saya yakin Tuhan Yesus bekerja di dalam hati saya untuk menyembuhkan luka-luka di hati saya dan saya ingin membawa sikap yang positif kepada orang sekeliling saya dan ingin menyebarkan cinta kasih Tuhan kepada mereka.
Aronell Ronnie | 24 | Our Lady of Fatima, Beluran
Melalui Spiritual Direction dalam Retreat Belia ini, saya dapat luah semua yang saya pendam,yang saya tidak dapat cerita. walaupun saya belum lagi sembuh sepenuhnya,sebab saya tau semua ni pun ambil masa juga. Saya sangat suka dengan sesi ni sebab saya dapat luah segalanya dan saya dapat jujur dengan perasaan saya sendiri. Saya betul-betul rasa didengari. Saya sangat berterima kasih dan bersyukur dengan Spiritual Director yang saya jumpa semasa retret sebab sudi ambil 2 sesi dengan saya supaya kami dapat bercerita lagi,saya betul2 terharu masa dia chat saya mau jumpa saya masa rehatnya. Dia sudi ganti masa rehatnya untuk jumpa saya.
Saya akan kongsikan pengalaman saya pergi ke “Emaus” dan berjumpa dengan Yesus. Saya akan promote sama kawan-kawan saya yang lain tentang retret ini dan bawa mereka.
Bagi saya retreat belia ni sangat bagus untuk belia, terutamanya bagi mereka yang mungkin sudah rasa mau putus asa, penat dalam pelayanan, keliru dan tidak tau macam mana mau teruskan ataupun yang ada masalah tapi tidak tahu mahu luahkan sama siapa.
															
															Nathasa James | 26 | St. Joseph, Papar
I now realised that God never left me. He is really patient with me. He waited for me to come back to Him for years. He listened to my rant and anger. Like He did to Cleopas and the other disciple. He asked them, He let and allowed them to let out their emotions. My favourite quote from this session is “Mendengar itu satu tindakan belas kasihan”.
This retreat opened my eyes to see that God moved in a unique way. He waited patiently and kindly and warmly. He never gives up on me and loves to always give, give, and give more to me. To see that His love makes me want to love and serve more. This time in Him and with Him. And to always have true, honest, and sincere communication with Him in prayer.
One of my main takeaways is I think I just want to share God’s love through actions. Especially when I face new challenges or hit rock bottom in serving with community and chapel. Like how do I react with disappointment, towards hopelessness, towards all the negative words and energy. And towards rejection as well. I also want to bring the art of listening truely, without judgement or belittling.
I like the approach of this retreat whereby it gives us the flexibility and choices either want to join fully or I just can leave and sleep or whatever. For me, as someone who likes running away- this retreat didn’t make me feel the need to run away or shut everything out. Instead, it pulled me to participate willingly and to be present 100% there.
Tesya Kimdolly | 19 | St. Pius X, Bundu Tuhan
This retreat opens my eyes and my thoughts to think about my own life. To view it from another perspective. Rather than always thinking about “what made it happen” and “why did it happen” , I should’ve thought about, “maybe I should understand why it happened?”. Spiritual Direction pula memberikan saya lebih keyakinan tentang diri saya sendiri dan menyedarkan kemampuan diri saya sendiri. Saya akan ceritakan semuanya ini kepada ahli keluarga, kawan-kawan dan komuniti saya.
															
															Mastika James | 31 | St. Peter Claver, Ranau
Sesi Spiritual Direction membantu saya lebih jujur dalam doa. Ia menolong saya mengenal isi hati sendiri, dan melihat bagaimana Tuhan hadir dalam setiap emosi, luka, dan harapan saya. Saya belajar untuk tidak sekadar berdoa dengan kata-kata, tapi dengan hati yang terbuka dan benar-benar mendengar.
Saya akan bawa balik harapan dan api yang Tuhan telah nyalakan semula dalam hati saya.
Saya mahu berkongsi bahawa walaupun hidup penuh cabaran, kasih Tuhan tetap setia.
Malcie Florence Motius | 19 | Holy Family Church, Telipok
Spiritual Direction membantu saya melihat perspektif baru akan hubungan saya dengan Tuhan. Selama ini saya sangat susah untuk mendengar suara Tuhan ,tetapi melalui Spiritual Direction ini, saya menyedari bahawa selama ini saya berdoa ,selalu saya dengan diri saya sendiri,bukan saya dengan Tuhan. Saya tidak memberi ruang untuk Tuhan membalas apa yang saya katakan dalam doa saya. Dari spiritual Direction ini dapat membantu saya untuk mendengar apa yang Tuhan sampaikan kepada saya.
Dalam keheningan, saya pasrah untuk mencari jawapan. Tuhan bekerja pada saat yang tidak terduga iaitu pada masa saya pasrah dan percaya. Inilah yang saya mau kongsikan kepada keluarga, kawan-kawan dan dalam komuniti saya.
															
															Germaine Juliette Walter Duhan | 22 | St. Peter, Kudat
Sesi “Tinggallah Bersama Kami, Tuhan – Kerinduan akan Kehadiran-Nya” menyentuh hati saya kerana saya betul-betul dapat dalami erti kerinduan kehadiran Tuhan, yang Tuhan sentiasa hadir dalam hidup kita, sentiasa bersama dengan kita walaupun kita ini banyak kesibukan kadang lupa akan Tuhan.
Melalui Spiritual Direction dalam retret ini, saya dapat luahkan semuanya apa yang dalam hati & sharing dari Spiritual Director membuatkan saya tetap bersyukur apa yang saya terima.
Saya akan kongsikan kepada semua bahawa Tuhan itu sentiasa hadir walaupun kita ada kesibukan masing-masing, bukan itu saja, tapi kita perlu mendengar tanpa judge terlebih dahulu , kerana perbualan sebenar adalah perbualan kudus.
Edna Shanda Wilfred | 18 | St. Pius X, Bundu Tuhan
Perkongsian “Yesus Mendekati – Teman yang tidak Disedari” menyedarkan saya akan kehadiran Yesus di dalam hidup saya dan bagaimana Dia sentiasa mencuba untuk mendekati saya dalam pelbagai cara. Spiritual Direction dalam retret ini membantu saya untuk mengetahui dengan jelas apa yang ingin saya cari dan saya perlu. Retret Belia ini amatlah menenangkan dan meyakinkan saya akan kehadiran Tuhan. Juga mengajar saya memahami diri saya dengan baik.
															
															Brenda BB Taijol | 28 | Ahli Komisi Belia Keuskupan Kota Kinabalu (AYC)
What I really search for in this retreat is a REST and REST is really what I got. REST in Jesus’ presence. Retret ini kasi sedar saya yang there is no boundary between a child and a Father. This retreat helps me to pray more and talk more to God.
Spiritual Direction membantu saya rasa lebih affirm tentang hal yg telah lama sy discern dan juga memberikan saya idea bagaimana sy harus menghadapi konflik yang saya sedang alami.
Selepas retret ini, satu kata kunci utama yg sy akan kongsikan ialah Yesus akan sentiasa berjalan di sebelah kita TANPA DISEDARI. Because Jesus – the unnoticed COMPANION.
Hopefully, ada lagi retreat exactly macam ni. I know a lot of my friends need this. Saya pun akan sentiasa perlukan sesi sebegini.
